Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan HASAN, bantu syarikat pemula sertai ekonomi halal ke pasaran global
Perniagaan

HASAN, bantu syarikat pemula sertai ekonomi halal ke pasaran global

HASAN, bantu syarikat pemula sertai ekonomi halal ke pasaran global

Pengarah Urusan Ethis Group, Umar Mushi

KUALA LUMPUR, 18 Februari- Platform Digital \’HASAN\’ diperkenal bagi membantu usahawan baharu mahupun syarikat pemula menyertai ekonomi halal ke pasaran global sekali gus menjadikan ia sebagai hab bagi pelabur menembusi sektor tersebut.

Menurut Pengarah Urusan Ethis Group, Umar Mushi, platform berkenaan menyediakan perkhidmatan nasihat serta bimbingan, sokongan kewangan dan rangkaian perniagaan.

HASAN yang dibangunkan secara dalam talian turut mendapat sokongan penuh dari pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

\” Jadi dengan HASAN ini kita akan dapat membantu perusahaan baharu orang Muslim yang akan membangun ekonomi Islam dari Malaysia dan Asia Tenggara untuk semua orang.

\”Yang penting ia mestilah perusahaan yang halal memberi manfaat yang baik untuk masyarakat kita, terbuka kepada mana-mana industri dengan fokus kepada perbankan Islam, halal dan dagangan halal,\”katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan produk platform digital \’HASAN\’ di ibu negara

Platform yang akan tersedia bermula pertenggahan bulan hadapan, dibangunkan berdasarkan permintaan pengasas syarikat muslim yang ingin memanfaatkan ruang digital terutama melibatkan perkhidmatan halal sehingga ke peringkat antarabangsa

Selain Malaysia, program platform berkenaan turut akan memasuki pasaran Singapura, Indonesia dan Timur Tengah.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...