Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Harga soya, minyak lemah, niaga hadapan MSM susut hari ke-4
Perniagaan

Harga soya, minyak lemah, niaga hadapan MSM susut hari ke-4

KUALA LUMPUR, 21 September– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran penyusutan untuk ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut hari ini, seiring dengan penurunan niaga hadapan minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata peniaga.

Aliran itu turut diasak oleh perkembangan penurunan harga minyak mentah yang menjejaskan sentimen tempatan untuk membeli minyak sawit, kata Peniaga Minyak Sawit David Ng.

“Sebarang peningkatan minyak mentah akan mendorong kenaikan harga MSM kerana MSM digunakan untuk dicampur dengan minyak mentah.

“Sehubungan itu, kami mengesan paras sokongan pada harga RM3,600 manakala rintangan pada RM3,850,\” katanya kepada Bernama.

Pada akhir urus niaga hari ini, kontrak Oktober 2023 turun RM14 kepada RM3,648 satu tan; November 2023 susut RM40 kepada RM3,655 satu tan; Disember 2023 merosot RM42 kepada RM3,678 satu tan manakala Januari 2024 dan Februari 2024 masing-masing berkurangan RM41 kepada RM3,714 satu tan dan RM3,750 satu tan.

Selain itu, Mac 2024 turun RM52 kepada RM3,767 satu tan.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 83,525 lot daripada 49,335 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 215,059 kontrak daripada 208,063 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi September Selatan turun RM20 kepada RM3,700 satu tan.- Livevartha

(Foto hiasan)

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...