Thursday , 5 December 2024
Home Perniagaan Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel kekal bagi tempoh 14 hingga 20 Mac 2024
Perniagaan

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel kekal bagi tempoh 14 hingga 20 Mac 2024

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel kekal bagi tempoh 14 hingga 20 Mac 2024

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Mac– Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel, masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Mac 2024.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...