Tuesday , 24 December 2024
Home Perniagaan Harga minyak global susut ke paras terendah dalam tempoh enam minggu
Perniagaan

Harga minyak global susut ke paras terendah dalam tempoh enam minggu

Harga minyak global susut ke paras terendah dalam tempoh enam minggu

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Harga minyak meneruskan penyusutan ke paras terendah dalam tempoh enam minggu, menyaksikan minyak mentah Amerika Syarikat jatuh di bawah paras 80 dolar setong.

Penurunan didorong keputusan Presiden Joe Biden untuk tidak bertanding untuk pemilihan semula.

Pendiriannya itu meningkatkan ketidaktentuan politik dalam pasaran yang telah sedia terkesan oleh permintaan bahan api musim panas yang lemah.

Minyak mentah West Texas Texas Intermediate (WTI) susut kepada 77.58 dolar setong pada Isnin, paras terendah sejak awal Jun.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent UK bagi September ditutup pada 82.40 dolar setong, turun 0.3 peratus.

Manakala penanda aras minyak mentah global jatuh 4.5 peratus berbanding dua minggu sebelumnya, kepada 81.61 dolar setong dalam sesi terkini.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...