KUALA LUMPUR, 20 Februari- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan kebimbangan terhadap bekalan yang terhad ketika ini dan prospek harga tinggi susulan jangkaan kekurangan getah asli global dengan ketibaan musim daun luruh tidak lama lagi, kata seorang peniaga.
Beliau berkata prestasi lemah ringgit yang berterusan berbanding dolar AS di tengah-tengah keyakinan China akan melancarkan lebih banyak lagi langkah-langkah rangsangan telah menyokong sentimen pasaran.
“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dihadkan prestasi bercampur-campur harga minyak dan pasaran niaga hadapan getah serantau, pertumbuhan perlahan ekonomi ditambah dengan ketidakpastian berhubung penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 5.0 sen kepada 737.5 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 1.0 sen kepada 687.0 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 berada pada 735.50 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 688.00 sen sekilogram. -Livevartha