Home Perniagaan Harga getah ditutup meningkat, jejak kenaikan harga minyak mentah
Perniagaan

Harga getah ditutup meningkat, jejak kenaikan harga minyak mentah

Harga getah ditutup meningkat, jejak kenaikan harga minyak mentah

Getah Mutu Malaysia (SMR 20) mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat dengan lebih tinggi seiring dengan kenaikan harga minyak mentah penanda aras global / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Getah Mutu Malaysia (SMR 20) mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat dengan lebih tinggi seiring dengan kenaikan harga minyak mentah penanda aras global, kata peniaga.

Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selain kelemahan sentimen pasaran niaga hadapan getah ketika peniaga mula menerima impak peningkatan getah asli tempatan serta data ekonomi China yang bercampur-campur.

“Pasaran niaga hadapan getah Jepun susut pada hari ini selepas menyaksikan aliran kenaikan selama tiga hari berturut-turut, diasak oleh pengukuhan yen Jepun walaupun peningkatan harga minyak itu mengekang kerugian seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 20.1 peratus kepada 25,608 tan pada Mei 2024 daripada 21,325 tan pada bulan sebelumnya.

Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent menokok 0.82 peratus kepada AS$86.12 setong.

Harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 menokok sebanyak 2.5 sen kepada 785 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 3.0 sen kepada 654 sen sekilogram.

Setakat pukul 5 petang ini, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal di paras 777.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 650 sen sekilogram.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...