Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan Harga eksport, import Malaysia meningkat – DOSM
Perniagaan

Harga eksport, import Malaysia meningkat – DOSM

Harga eksport, import Malaysia meningkat – DOSM

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Harga eksport dan import Malaysia masing-masing meningkat 0.7 peratus dan 0.1 peratus pada Mei 2024 disumbangkan terutamanya oleh minyak galian.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi kenyataan berkata terma perdagangan Malaysia juga bertambah 0.7 peratus bulan ke bulan kepada 114.8 mata.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, kenaikan indeks nilai seunit eksport itu disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian, bahan kimia, alat jentera dan kelengkapan pengangkutan.

Manakala indeks nilai seunit import disumbangkan oleh minyak galian, sayur-sayuran, minyak dan lemak binatang serta bahan mentah tidak boleh dimakan.

Terma perdagangan Malaysia yang bertambah bulan ke bulan pada Mei 2024 didorong oleh kenaikan indeks alat jentera, kelengkapan pengangkutan, bahan mentah tidak boleh dimakan dan makanan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...