Home Perniagaan Gaji jawatan eksekutif, bukan eksekutif dijangka meningkat
Perniagaan

Gaji jawatan eksekutif, bukan eksekutif dijangka meningkat

Gaji jawatan eksekutif, bukan eksekutif dijangka meningkat

Pelancaran Tinjauan Gaji MEF 2023 di Petaling Jaya

PETALING JAYA, 21 Disember- Pelarasan gaji untuk jawatan eksekutif dan bukan eksekutif di Malaysia dijangka meningkat masing-masing sebanyak 5.27 peratus dan 5.28 peratus, tahun depan.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, ramalan tersebut berdasarkan tinjauan yang melibatkan penyertaan daripada 262 syarikat.

Bagaimapun Syed Hussain berkata, peningkatan itu bergantung kepada permintaan pasaran yang tinggi terhadap sesuatu kemahiran.

\”Selalunya ramai beranggapan jawatan eksekutif akan memperoleh gaji yang tinggi berbanding bukan eksekutif. Tanggapan itu salah. Ia adalah berdasarkan data pasaran.

\”Kadang-kadang permintaan bidang kemahiran bukan eksekutif lebih mendapat permintaan berbanding pengurusan. Jadi gaji mereka akan meningkat\”, katanya selepas melancarkan Tinjauan Gaji MEF 2023 bagi eksekutif dan bukan eksekutif di sini.

Pada tahun depan unjuran bonus pula dilihat pada kadar 2.13 peratus untuk jawatan eksekutif dan 2.04 peratus bagi jawatan bukan eksekutif.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Insentif cukai bantu syarikat pemula tarik pelaburan

FOTO Livevartha & RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Syarikat pemula khususnya bukan teknologi...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Kaedah khusus bantu belia jamin peluang kerjaya

Khairul Muzammil pada sesi temu bual program Selamat Pagi MalaysiaKUALA LUMPUR, 13...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...