Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Fitch Ratings kekalkan penarafan kredit Malaysia BBB+, tinjauan stabil
Perniagaan

Fitch Ratings kekalkan penarafan kredit Malaysia BBB+, tinjauan stabil

Fitch Ratings kekalkan penarafan kredit Malaysia BBB+, tinjauan stabil

FOTO HIASAN

PUTRAJAYA, 5 Disember -Agensi penarafan, Fitch Ratings mengekalkan penarafan berdaulat Malaysia pada BBB+ dengan tinjauan stabil.

Ia mencerminkan komitmen Kerajaan kepada reformasi fiskal dan keupayaan negara untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi serta daya tahan negara dalam menghadapi keadaan global yang lemah dan tidak menentu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan, kerajaan komited untuk meneruskan konsolidasi fiskal dan membina semula ruang fiskal untuk kemampanan jangka panjang.

Dalam jangka sederhana pula, Kerajaan yakin dapat mengurangkan defisit fiskal daripada 5.6% pada tahun 2022 kepada anggaran 5.0% pada tahun 2023 dan seterusnya kepada 4.3% pada tahun 2024.

Di bawah kerangka Ekonomi MADANI, langkah konsolidasi fiskal akan dipercepat bagi mencapai sasaran defisit 3% dan pembaharuan fiskal terus menjadi keutamaan Kerajaan.

\”Ini dizahirkan dalam Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) baru-baru ini yang diluluskan oleh Parlimen bulan lepas. FRA akan menginstitusikan akauntabiliti dan ketelusan dalam kewangan awam untuk kemampanan fiskal jangka panjang dan kestabilan makroekonomi\”, menurut kenyataan itu.

Ini dapat dilihat menerusi Belanjawan 2024 mengekalkan pendirian dasar fiskal yang mengembang dengan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM90 bilion bagi mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi serta memenuhi keperluan rakyat.

Kementerian Kewangan juga mengulas penarafan terbaharu Fitch yang antaranya menjangkakan pertumbuhan KDNK sebenar menyederhana kepada 4.0%
pada 2023 dan 4.2% pada 2024 ketika kestabilan politik negara yang bertambah baik.

\”Fitch menganggarkan bahawa, permintaan global yang lemah dan sekatan perdagangan akan menjejaskan aktiviti eksport negara. Namun begitu, Fitch juga menyatakan bahawa permintaan domestik yang berdaya tahan disokong oleh pertumbuhan dalam pendapatan dan aktiviti pelaburan, jelas kenyataan sama.

Dalam pada itu, Fitch menyatakan bahawa kedudukan akaun semasa negara terus mencatat lebihan selama lebih dua dekad dan menjangkakan akaun semasa akan kekal dengan lebihan dalam jangka sederhana, walaupun menghadapi cabaran luar.

\”Fitch menganggarkan akaun semasa akan mengecil kepada 2.6% pada 2023 (2022: 3%), namun Malaysia berada pada kedudukan yang baik serta berupaya untuk meraih manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan global disebabkan oleh sektor pembuatan yang kompetitif dan aliran masuk FDI yang ketara sejak pembukaan semula ekonomi pada tahun 2022\”.

Menurut kenyataan itu lagi, Fitch turut meramalkan defisit Kerajaan Persekutuan akan menurun kepada 3.5% pada 2025 disebabkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi dan pelancaran
Cukai Minimum Global.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...