Home Perniagaan FinDoc, CTOS Digital jalin kerjasama strategik
Perniagaan

FinDoc, CTOS Digital jalin kerjasama strategik

FinDoc, CTOS Digital jalin kerjasama strategik

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 1 April– Syarikat fintech inovatif, FinDoc Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik dengan agensi pelaporan kredit, CTOS Digital.

FinDoc menerusi kenyataan berkata kerjasama itu bagi memajukan kewangan inklusif dan menimbulkan kesedaran kewangan di Malaysia.

Melalui inisiatif bersama itu, syarikat berkenaan akan mengintegrasikan data kredit CTOS dan penyelesaian pengesahan identiti ke dalam platformnya.

Usaha tersebut akan membantu pelanggan mengenal pasti kelayakan pinjaman mereka dan mendapatkan cadangan dalam meningkatkan prestasi kewangan mereka.

Selain, mencari produk kewangan yang paling sesuai dengan keperluan dan menjadikan proses pinjaman lebih mudah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chris Yong menyatakan bahawa syarikat mereka berhasrat untuk bekerjasama dengan lebih banyak institusi kewangan lagi, bagi memudahkan proses permohonan pinjaman.

Disamping itu, menghubungkan pelanggan dengan bank yang sesuai, sekali gus akan mengurangkan pembaziran sumber dan meningkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhan.

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...