Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan FIA 2024, Malaysia raih jualan RM635 juta
Perniagaan

FIA 2024, Malaysia raih jualan RM635 juta

FIA 2024, Malaysia raih jualan RM635 juta

Malaysia berjaya meraih nilai jualan RM635 juta pada Pameran Udara Antarabangsa Farnborough (FIA) 2024 di United Kingdom

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Malaysia berjaya meraih nilai jualan RM635 juta pada Pameran Udara Antarabangsa Farnborough (FIA) 2024.

Jumlah itu meningkat 11.05 peratus berbanding edisi sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz menerusi kenyataan memaklumkan prestasi kukuh di pameran berkenaan menunjukkan daya saing syarikat aeroangkasa Malaysia.

Jelasnya, pemintaan bagi produk aeroangkasa tempatan menunjukkan trend peningkatan.

Eksport bagi produk berkenaan tumbuh 7.8 peratus kepada RM2.95 bilion bagi enam bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bahagian pesawat atau helikopter merupakan eksport utama, merangkumi 78.8 peratus daripada nilai eksport.

Sementara itu, 132 mesyuarat perniagaan telah dianjurkan antara syarikat tempatan dan pembeli asing pada FIA 2024.

Pameran yang berlangsung di United Kingdom pada 22 hingga 26 Julai itu turut disertai 15 pempamer tempatan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...