Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Emas dijangka diniagakan rendah minggu depan
Perniagaan

Emas dijangka diniagakan rendah minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan jika Rizab Persekutuan (Fed) AS menunjukkan bahawa ia akan menangguhkan pengurangan kadar melebihi jangkaan pasaran, kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Beliau berkata pasaran menjangka kemelesetan AS yang sederhana, dan jika data AS kekal kukuh, emas mungkin berdepan kesukaran.

“Kita masih suka memiliki emas berdasarkan ketegangan geopolitik (di Timur Tengah dan Ukraine) tetapi terdapat risiko penurunan dalam Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (mesyuarat pada minggu depan), justeru, saya berpendapat kenaikan pada awal minggu mungkin terhad.

“Sebaliknya, jika kita mendapat senarai gaji bukan ladang AS yang lemah malam ini, ia boleh menyebabkan emas melebihi US$2,075 setiap auns troy berikutan dolar AS yang rendah.

“Bagaimanapun, akhirnya, saya fikir penurunan adalah terhad, justeru saya berpendapat US$2,015 setiap auns troy hingga US$2,065 setiap auns troy minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu baru berakhir, jumlah niaga hadapan emas dalam pasaran tempatan merosot kepada 650 lot daripada 686 lot diniagakan pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naik kepada 462 kontrak daripada 245 kontrak sebelum ini.

Pada asas mingguan, kontrak bulan semerta Disember 2023 berkurangan kepada US$2,033.90 setiap auns troy daripada US$2,056.70 setiap auns troy minggu lepas dan Januari 2024 merosot kepada US$2,043.90 setiap auns troy daripada US$2,056.70 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak bagi Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024, masing-masing berkurangan kepada US$2,052.90 setiap auns troy daripada US$2,076.10 setiap auns troy pada minggu sebelumnya.

Harga emas fizikal sebanyak US$2,026.90 setiap auns troy, menurut penetapan London Bullion Market Association pada 7 Disember.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...