Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Ekonomi Malaysia diunjur kekal berdaya tahan, IP naik 3.8 peratus kepada 114.2 mata
Perniagaan

Ekonomi Malaysia diunjur kekal berdaya tahan, IP naik 3.8 peratus kepada 114.2 mata

Ekonomi Malaysia diunjur kekal berdaya tahan, IP naik 3.8 peratus kepada 114.2 mata

Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) memaklumkan, pada Mei 2024, IP tumbuh 3.8 peratus kepada 114.2 mata, pertumbuhan positif untuk enam bulan berturut-turut berbanding bulan sama tahun sebelumnya, IP dicatat pada 110 mata

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur kekal berdaya tahan untuk tempoh empat hingga bulan akan datang, berdasarkan data Indeks Pelopor (IP).

Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) memaklumkan, pada Mei 2024, IP tumbuh 3.8 peratus kepada 114.2 mata, pertumbuhan positif untuk enam bulan berturut-turut berbanding bulan sama tahun sebelumnya, IP dicatat pada 110 mata.

\”Peningkatan IP semasa disokong kenaikan kukuh Indeks Perusahaan Bursa Malaysia, Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain.

\”Pertumbuhan konsisten lebih 100 mata, turut mencerminkan ketahanan ekonomi disokong peningkatan aktiviti pelancongan dan permintaan luar,\” menurut DoSM menerusi kenyataan.

Mengenai Indeks Serentak (IS) yang mencerminkan keadaan ekonomi semasa, DoSM memaklumkan indeks itu meningkat 2.2 peratus dari tahun ke tahun kepada 126.1 mata pada Mei 2024, didorong oleh prestasi teguh dalam caruman sebenar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (melonjak 8.7 peratus).

Pada asas bulanan, IS juga mencatatkan kenaikan sebanyak 0.6 peratus, disokong oleh semua komponen, kecuali penggunaan kapasiti dalam pembuatan yang menyusut 0.2 peratus daripada bulan sebelumnya.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...