Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4-5 peratus pada 2024 – Gabenor BNM
Perniagaan

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4-5 peratus pada 2024 – Gabenor BNM

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4-5 peratus pada 2024 – Gabenor BNM

Ekonomi negara diunjur berkembang 4 hingga 5 peratus tahun ini, disokong permintaan domestik yang kukuh dan sektor luaran yang bertambah baik / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Ekonomi negara diunjur berkembang 4 hingga 5 peratus tahun ini, disokong permintaan domestik yang kukuh dan sektor luaran yang bertambah baik.

Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata ekonomi global yang bertambah baik serta peningkatan kitaran teknologi akan memberi manfaat kepada sektor eksport.

Menerusi ucaptama dalam Simposium Kewangan Islam Fitch Ratings 2024, beliau berkata tahun lalu sebanyak RM329 bilion pelaburan telah diluluskan dengan pelaburan langsung asing menyumbang 57 peratus.

\”Hampir 74 peratus daripada projek yang diluluskan antara tahun 2021 hingga 2023 juga telah dilaksana. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu telah meletakkan Malaysia pada kedudukan yang kukuh dalam landasan pertumbuhan yang mampan,\” katanya.

Tambah Abdul Rasheed, secara umumnya, rantau ASEAN mempunyai keperluan pembiayaan yang signifikan bagi agenda kelestarian.

Pelabur baharu ke rantau ini boleh memanfaatkan Malaysia sebagai pangkalan untuk memenuhi permintaan pembiayaan di rantau ini, berikutan ekosistem kewangan Islam Malaysia yang menyeluruh.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...