Monday , 11 November 2024
Home Perniagaan ECRL: Kemajuan projek di empat negeri capai lebih 60 peratus
Perniagaan

ECRL: Kemajuan projek di empat negeri capai lebih 60 peratus

ECRL: Kemajuan projek di empat negeri capai lebih 60 peratus

Jajaran sepanjang 43 kilometer di Kelantan melibatkan pembinaan dua buah stesen iaitu stesen Kota Bharu dan Stesen Pasir Puteh.

KOTA BHARU, 25 Mac- Kerja-kerja pembinaan Jajaran Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan berjalan lancar dan mencapai kemajuan sebanyak 75.8 peratus setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata,proses pengambilan tanah juga sudah selesai sepenuhnya.

Jelasnya, kemajuan keseluruhan Projek ECRL yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor telah mencapai 62.40 peratus setakat Februari lalu.

Katanya, jajaran sepanjang 43 kilometer di Kelantan melibatkan pembinaan dua buah stesen iaitu stesen Kota Bharu dan Stesen Pasir Puteh.

\” Setakat ini kerja lain kerja-kerja kritikal yang berjalan di sepanjang laluan adalah pembinaan terowong. Kita telah berjaya menembusi tiga terowong sekali menjadikan jumlah terowong yang telah kita pusing sebanyak 30 terowong daripada 41 jumlahnya dan ini adalah satu pencapaian yang baik dalam usaha kita menjayakan projek ECRL ini,\” katanya.

Darwis berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL yang turut dihadiri Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin, malam tadi.

Dalam pada itu, mengulas titah Sultan Kelantan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung ke Rantau Panjang dalam memacu pertumbuhan ekonomi antara sempadan, beliau memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara itu akan diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Ujarnya lagi bagi harga tambang ECRL pula belum dibincangkan lagi dan ia akan diputuskan Kementerian Kewangan, namun jelas beliau yang pasti harga ditawarkan adalah munasabah.

Jajaran ECRL dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor dijangka siap mengikut jadual iaitu pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada Januari 2027, manakala jajaran dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula dijangka siap pada Disember 2027.

Pembinaan Projek ECRL yang sepanjang 665-kilometer melibatkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion.

Jajaran ECRL turut melibatkan pembinaan 41 buah terowong dengan jumlah panjang melebihi 62 km serta pembinaan jejambat-jejambat sejauh 150 km.

Pengoperasian ECRL akan menjimatkan masa perjalanan dan dapat menghubungkan Kota Bharu dengan Terminal Bersepadu Gombak dalam masa 4 jam berbanding 7 jam dengan penggunaan jalan raya atau lebih 12 jam semasa musim perayaan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...