Home Perniagaan Dokumen RMKe-13 ringkas tetapi menyeluruh, mirip RMK1 – Rafizi
Perniagaan

Dokumen RMKe-13 ringkas tetapi menyeluruh, mirip RMK1 – Rafizi

Dokumen RMKe-13 ringkas tetapi menyeluruh, mirip RMK1 – Rafizi

Foto RTM

SEPANG, 5 September – Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe-13) akan dirangka dengan pendekatan berbeza, menjadikannya dokumen strategik yang lebih ringkas, namun menyeluruh.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, ia mirip kepada rancangan pembangunan ekonomi negara yang pertama dengan setiap pernyataan menumpukan kepada hala tuju dasar tertentu.

\”Keutamaannya ialah tumpuan kepada cabaran-cabaran ekonomi dan juga reformasi dan preskripsi dasar untuk menangani cabaran tersebut dan proses yang kita akan tekankan juga ialah supaya penglibatan seluruh lapisan masyarakat itu lebih menyeluruh,\’\’ katanya dalam sidang media Persidangan Permulaan RMKe-13 di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, transformasi lanjut diperlukan untuk mengekalkan kelebihan daya saing dandaya tahan dalam dunia yang semakin mencabar.

Kerajaan komited untuk melaksanakan reformasi radikal, berani dan transformatif yang akan memperkukuh asas ekonomi negara.

Ini seterusnya membolehkan kerajaan menjadi lebih beradaptasi dan responsif kepada keperluan rakyat, kata Rafizi.

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...