Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan Dividen KWSP, kadar lebih kompetitif bakal diumum
Perniagaan

Dividen KWSP, kadar lebih kompetitif bakal diumum

Dividen KWSP, kadar lebih kompetitif bakal diumum

Tahun sebelumnya, KWSP mengumumkan dividen 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus bagi Simpanan Shariah.

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen lebih kompetitif bagi tahun 2023.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ramalan itu berdasarkan prestasi yang direkodkan untuk sembilan bulan pertama tahun lepas.

Pendapatan kasar pengurus dana persaraan itu meningkat 33 peratus bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September tahun lalu, berbanding tempoh sama 2022.

\”Saya percaya, strategi pelaburan mereka telah berjaya. Bagaimana mereka mempelbagaikan portfolio pelaburan yang mana terdapat pendedahan dalam pasaran di peringkat global dan itu telah banyak membantu KWSP dalam mendapat pulangan pelaburan lebih baik lagi. Dengan peningkatan 33% pendapatan kasar KWSP selalunya diterjemahkan melalui pemberian dividen lebih baik pada tahun lalu,\” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau menjangkakan pulangan dividen pada kadar 5.5% hingga 6.5% untuk 2023.

Tahun sebelumnya, KWSP mengumumkan dividen 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus bagi Simpanan Shariah.

Pengurus dana persaraan itu dijadual mengumumkan dividen bagi 2023, esok.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...