Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Data ekonomi positif dorong Ringgit ditutup tinggi
Perniagaan

Data ekonomi positif dorong Ringgit ditutup tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Oktober– Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh data makroekonomi yang positif yang memberi sokongan kepada mata wang tempatan, kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7655/7700 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7710 pada Khamis.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar inflasi Malaysia terus berkurangan kepada 1.9 peratus pada September.

Selain itu, anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2023 mencatatkan 3.3 peratus daripada 2.9 peratus pada suku kedua 2023.

“Sehubungan itu, ekonomi Malaysia adalah stabil walaupun terdapat ketidaktentuan dalam pasaran pertukaran asing dan permintaan luar,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya peserta pasaran akan terus memantau konflik geopolitik yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berpendapat dolar AS telah berada pada kedudukan terlebih beli, menyaksikan peningkatan yang ketara daripada data ekonominya yang kukuh baru-baru ini.


br />(Foto hiasan)

“Dolar AS mungkin tidak mempunyai banyak ruang untuk meningkat lagi dan ini boleh mengurangkan tekanan ke atas mata wang Asia,” katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding pound kepada 5.7777/7831 daripada 5.7712/7748 pada Khamis dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0462/0510 daripada 5.0274/0305 semalam, bagaimanapun tinggi berbanding yen kepada 3.1781/1813 daripada 3.1821/1843 sebelum ini.

Sebaliknya, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asia lain.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0504/0681 daripada 13.0716/0849 semalam dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 300.1/300.7 daripada 301.4/301.8 sebelum ini.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4731/4767 daripada 3.4702/4726 pada Khamis dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.40 daripada 8.38/8.39 sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...