Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Dasar Peluang Kedua perlu dimanfaat sebaiknya – AKPK
Perniagaan

Dasar Peluang Kedua perlu dimanfaat sebaiknya – AKPK

Dasar Peluang Kedua perlu dimanfaat sebaiknya – AKPK

Pengurus Besar, Bahagian Pendidikan dan Jangkauan AKPK, Nor Fazleen Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Individu yang mendapat pelepasan daripada senarai muflis, perlu lebih proaktif dalam merancang kewangan dengan lebih bijak.

Pengurus Besar, Bahagian Pendidikan dan Jangkauan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Nor Fazleen Zakaria berkata pelepasan yang diberikan kerajaan menerusi inisiatif Dasar Peluang Kedua perlu dimanfaat sebaiknya agar tidak kembali terjerumus dalam situasi sama.

Beliau berkata, AKPK sedia membantu individu atau syarikat yang mahu mendapatkan khidmat nasihat kewangan dan pendidikan kewangan secara bersemuka atau atas talian.

\”Bagi individu yang telah diberikan peluang di bawah Dasar Peluang Kedua, mereka sekarang jadi normal balik dan sebenarnya boleh jadi produktif dan meningkatkan produktiviti negara.

\”Katakan lah, seseorang itu bekerja membuat perniagaan dan boleh mendapatkan geran-geran untuk memacu perniagaan mereka dan secara tidak langsung boleh meningkatkan ekonomi negara,\” katanya.

Setakat April lalu, seramai 1.3 juta individu telah mendapat khidmat nasihat kewangan daripada AKPK di seluruh negara.

Manakala, di bawah program pengurusan hutang, lebih 450,000 telah diberi bantuan.

Bulan lalu, 142,510 individu serta syarikat mendapat pelepasan bankrap dicatatkan menerusi inisiatif Dasar Peluang Kedua dimana jumlah itu, melebihi sasaran awal sebanyak 130,000 individu.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...