Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan Bumiputera- MITI
Perniagaan

Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan Bumiputera- MITI

Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan Bumiputera- MITI

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Jun- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini memaklumkan, mana-mana syarikat Bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan kenderaan di Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Kementerian itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, langkah berkenaan adalah selaras dengan usaha MITI untuk terus meningkatkan keterangkuman dan ketelusan dalam proses permohonan AP Terbuka.

“Pelaksanaan dasar ini dijangka menarik lebih banyak syarikat bumiputera untuk berkecimpung dalam industri automotif. Pertambahan bilangan syarikat akan menjadikan segmen ini lebih kompetitif dan berdaya saing,” menurut MITI.

MITI memaklumkan bagi syarikat Bumiputera yang berminat, syarat utama ialah berstatus sendirian berhad, pemilikan 100 peratus Bumiputera, mempunyai modal berbayar minimum RM1 juta dan sedang beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.

Justeru, syarikat bumiputera yang berminat dan layak untuk membuat permohonan boleh merujuk di https://www.miti.gov.my/index.php/pages/view/3796 bagi mendapatkan garis panduan, borang permohonan dan senarai semak.

Tambah MITI, objektif utama kerajaan adalah untuk terus memperkasakan agenda sosio-ekonomi Bumiputera dengan memberi peluang kepada lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya saing untuk terlibat dalam sektor automotif.

Menurut kementerian itu, dasar AP Terbuka yang dilaksanakan sejak 1970 telah berjaya melahirkan syarikat bumiputera yang berdaya maju, bukan sahaja di dalam segmen mengimport dan menjual kenderaan malah juga dalam aktiviti utama di sepanjang rantaian bekalan seperti perkhidmatan selepas jualan, insurans dan logistik.

Dasar tersebut merupakan antara dasar berkaitan bumiputera yang masih dikekalkan sehingga kini dan penting bagi mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara seperti yang ditetapkan Dasar Ekonomi Baharu.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...