Friday , 15 November 2024
Home Perniagaan Dapatan tinjauan OECD, diguna untuk rangka RMKe-13 – Rafizi
Perniagaan

Dapatan tinjauan OECD, diguna untuk rangka RMKe-13 – Rafizi

Dapatan tinjauan OECD, diguna untuk rangka RMKe-13 – Rafizi

Foto Fail

PUTRAJAYA, 28 Ogos– Dapatan Tinjauan Ekonomi Terhadap Malaysia 2024 oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) akan digunakan bagi merangka Rancangan Malaysia Ke-13.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata antara input yang akan diambil kira termasuk pertumbuhan inklusif, cabaran iklim dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PMKS).

\”Kerana sektor-sektor lain, kita memang sudah ada program dan intervensi yang telah diumumkan sebelum ini. Kalau perubahan iklim, kemampanan, peralihan tenaga, memang sudah ada.\”

\”Yang berkaitan dengan konsolidasi fiskal, memang sudah pun dibincangkan,\” kata Rafizi kepada pemberita pada pelancaran Tinjauan Ekonomi MalaysiaOECD 2024, di sini.

Sementara itu, Pengarah Cawangan Pengajian Negara, Jabatan Ekonomi OECD, Dr Luiz de Mello berkata Malaysia kini sedang menghampiri ambang negara berstatus berpendapatan tinggi.

Ia dipacu pertumbuhan ekonomi pesat dan inklusif yang mampan selama setengah abad yang menyaksikan negara mencapai kemajuan ekonomi dan sosial luar biasa.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...