Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Dana pinjaman, pastikan golongan sasar terima manfaat – Pakar
Perniagaan

Dana pinjaman, pastikan golongan sasar terima manfaat – Pakar

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 14 Oktober – Peruntukan kepada Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) sebanyak RM44 bilion menerusi Belanjawan 2024, memberi kelegaan kepada yang memerlukan dana pinjaman.

Bagaimanpun, proses pengagihan perlu dilaksanakan secara cekap agar tiada ketirisan dalam memastikan golongan sasar menerima manfaat.

Penganalisa Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik berkata kecekapan itu termasuk pengurusan yang efisien dan tanpa birokrasi.

(Penganalisa Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik)

\”Perlu dimudah carakan proses aplikasinya, kelulusan dan apabila diluluskan kelak, kita hendak melihat dari konteks kecekapan dari proses pengagihan pula yang seringkali diutarakan oleh komuniti perniagaan iaitu birokrasi,\” katanya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi, Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram berpendapat peruntukan perlu seiring dengan program pemerkasaan PMKS.

Ini bagi memastikan sektor tersebut lebih berdaya tahan.

\”Saya harap ini lebih banyak diberi perhatian dan banyak daripadanya PMKS. Jadi kita dapati bahawa beberapa langkah lain, bukan peruntukan tapi langkah lain seperti kalau melabur semula, itu semua diberi keutamaan,\” kata Dr.Jomo.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...