Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Dagangan Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pagi ini
Perniagaan

Dagangan Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pagi ini

Dagangan Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pagi ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 31 Oktober– Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada hari Selasa berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah utama daripada beberapa bank pusat utama, termasuk Bank of Japan dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada Rabu.

Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.18 mata kepada 1,439.02 daripada 1,439.2 penutup Isnin.

Indeks utama penanda aras dibuka 0.45 mata rendah pada paras 1,438.75.

Namun begitu, pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mendahului kaunter rugi 151 berbalas 53, manakala 233 kaunter tidak berubah, 1,939 tidak diniagakan dan 61 digantung.

Jumlah dagangan 149.82 juta unit bernilai RM47.49 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street mempamerkan pergerakan kukuh semalaman dengan tumpuan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini dan esok.

Beliau turut menyatakan Indeks Hang Seng Hong Kong bergerak mendatar berikutan pendapatan yang lemah daripada bank-bank utama disebabkan oleh caj susut nilai tinggi yang berkaitan dengan kelembapan hartanah China.

“Bagaimanapun, kami berpendapat pasaran serantau dan tempatan mungkin mengambil petunjuk daripada pergerakan rancak semalaman Wall Street.

“Justeru, FBM KLCI diunjur berlegar dalam julat 1,440 dan 1,450, dan menjangkakan kemunculan beberapa aktiviti memburu saham murah terutamanya bagi saham telekomunikasi hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM9.00 manakala Public Bank, IHH Healthcare dan CelcomDigi masing-masing tidak berubah pada RM4.15, RM5.96 dan RM4.20.

CIMB susut dua sen kepada RM5.68, Petronas Chemicals turun tiga sen menjadi RM7.25, manakala Tenaga lemah satu sen kepada RM9.85.

Bagi saham aktif, CSH Alliance dan Tanco kekal pada 5.5 sen dan 57.5 sen, Classita meningkat setengah sen kepada tujuh sen dan Kinergy rugi setengah sen kepada to 32.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 6.06 mata kepada 10,605.38, Indeks FBMT 100 peroleh 4.87 mata kepada 10,280.65, Indeks FBM Emas Syariah menokok 12.14 mata kepada 10,814.09 dan Indeks FBM 70 mengukuh 33.48 mata kepada 13,936.47

Bagaimanapun, Indeks ACE FBM susut 5.94 mata kepada 4,999.66.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.08 mata kepada 172.2, Indeks Perladangan meningkat 2.38 mata menjadi 6,901.06, Indeks Tenaga peroleh 0.66 mata kepada 864.3, tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 24.83 mata menjadi 16,187.37.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...