Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan Cuti akhir tahun, MAS tambah kapasiti penerbangan, tawar tiket murah
Perniagaan

Cuti akhir tahun, MAS tambah kapasiti penerbangan, tawar tiket murah

Cuti akhir tahun, MAS tambah kapasiti penerbangan, tawar tiket murah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 November- Bersempena dengan akhir tahun 2023, Malaysia Airlines mengambil inisiatif untuk menambah kapasiti penerbangan dengan menawarkan harga tiket menarik ke semua destinasi domestik dan antarabangsanya.

Syarikat penerbangan itu menerusi kenyataan berkata, tawaran menerusi Jualan Akhir Tahun tersebut bermula dari 28 November (hari ini) hingga 11 Disember 2023.

Antara destinasi yang terlibat dalam tawaran tersebut termasuk dari Kuching ke Singapura, Kuala Lumpur ke Kertajati dan ke Ho Chi Minh City.

Manakala bersempena pengumuman baru-baru ini mengenai kemasukan 15 hari tanpa visa untuk rakyat Malaysia yang melancong ke China berkuat kuasa 1 Disember 2023, tambang menarik turut disediakan melibatkan destinasi Guangzhou, Shanghai dan Beijing.

Selain itu, syarikat penerbangan ini akan meningkatkan kekerapan penerbangan di laluan Kuala Lumpur-Amritsar bersempena pengumuman mengenai kemasukan 30 hari tanpa visa untuk pelawat dari India ke Malaysia berkuat kuasa 1 Disember 2023.

Antara lokasi lain yang turut terlibat dalam tawaran tiket menarik ini termasuk Trivandrum, Ahmedabad, Bengaluru, Hong Kong, Perth dan Auckland.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...