KUALA LUMPUR, 20 Disember- Cukai jualan ke atas barangan bernilai rendah (LVG) import dilihat wajar dan bersifat adil kepada semua peniaga terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) tempatan.
Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar berkata ini kerana bekalan yang dibeli PMKS daripada kilang tempatan mempunyai elemen percukaian.
Justeru, barangan tempatan yang dijual dalam talian dilihat lebih mahal berbanding barangan import.
\”Itu dilihat tidak adil kerana barangan bernilai rendah import tidak dikenakan cukai jualan 10 peratus tetapi barang tempatan yang dikilangkan dikenakan cukai 10 peratus, jadi ada perbezaan daripada segi harga barang,\” kata Abd Aziz
Tambahnya, cukai yang akan dikenakan mulai 1 Januari tahun hadapan itu dilihat mampu membantu meningkatkan hasil negara.