Home Perniagaan CelcomDigi jalin kerjasama strategik dengan syarikat Jepun, pacu digitalisasi perusahaan tempatan
Perniagaan

CelcomDigi jalin kerjasama strategik dengan syarikat Jepun, pacu digitalisasi perusahaan tempatan

CelcomDigi jalin kerjasama strategik dengan syarikat Jepun, pacu digitalisasi perusahaan tempatan

Fahmi Fadzil pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara CelcomDigi, SoftBank dan SC-NEX

PUTRAJAYA, 15 Januari- CelcomDigi Berhad menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat telekomunikasi Jepun, SoftBank Corp dan SC-NEX sebagai usaha memacu digitalisasi perusahaan di Malaysia menerusi penerapan penyelesaian IR4.0.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi; kerjasama itu akan memanfaatkan kepakaran dalam bidang penyelesaian Kecerdasan Buatan (AI), robotik dan analitik.

Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada perusahaan Malaysia mempercepat akses kepada teknologi transformatif.

\”Perkongsian ini memberi fokus kepada perusahaan, termasuk perusahaan CelcomDigi. Malah, pelanggan dalam sektor pertanian akan dapat menggunakannya terutama mereka yang mempunyai bangunan dan ingin melakukan automasi dan pengursan bangunan.

\”Ini antara penyelesaian kami untuk membawa lebih banyak robotik ke negara ini. Kedua-dua syarikat (SoftBank Corp dan SC-NEX) bekerja sama dengan CelcomDigi di Pusat Pengalaman baharu kami untuk menunjukkan beberapa teknologi sedia ada dari luar negara dan kami bercadang membawa masuk ke Malaysia.

\”Ia boleh dimanfaatkan rakan perusahaan kami, IKS dan agensi kerajaan untuk datang dan melihat serta menerima pakai teknologi ini,\”katanya.

Beliau menjelaskannya dalam sidang media selepasmenyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara CelcomDigi, SoftBank dan SC-NEX di Putrajaya.

Majlis turut disaksikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...