Thursday , 19 September 2024
Home Perniagaan BYD lancar model Denza di Malaysia tahun depan
Perniagaan

BYD lancar model Denza di Malaysia tahun depan

BYD lancar model Denza di Malaysia tahun depan

Pejabat urusan BYD Malaysia/ Foto BYD

KUALA LUMPUR, 6 September –BYD, pengeluar automotif dari China akan memperkenalkan subjenamanya iaituDenza kepada pasaran Malaysia pada suku pertama 2025.

Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn BhdEagle Zhao berkata model baharu itu akan mengukuhkan lagi kehadiran syarikat dan menawarkan lebih banyak pilihan bagi memenuhi \”permintaan besar\” dalam pasaran tempatan.

“Kami akan memperkenalkan Denza yang menggunakan teknologi BYD iaitu dengan teknologi kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV),” katanya selepas melancarkan varian baharu BYD Seal yang dikenali sebagai BYD Seal Dynamic, model sedan elektrikdan kenderaan utiliti sukan (SUV) Atto 3.

Beliau berkata BYD tidak sabar-sabar untuk meningkatkan kerjasamanya dengan Sime Darby Motors Sdn Bhd (SDM) melebihi daripada sekadar berkongsi hak pengedaran dengan ketibaan Denza.

\”Kami mengalu-alukan rakan tempatan untuk menyokong kami dalam banyak bidang bagi memperkenalkan jenama kami ke Malaysia,\” katanya.

Mengenai pelancaran varian BYD Seal Dynamic baharu dan Atto 3, Zhaoberkata varian baharu itu akan menyokong peralihan ke arah mobiliti yang dipacu dengan teknologi lebih mampan untuk pasaran Malaysia.

Menurut beliau, model tersebut menawarkan pilihan untuk mencari pengalaman pemanduan moden yang mesra alam.

BYD Seal Dynamic melengkapkan tiga varian Seal yang dijual pada harga bermula RM163,800 untuk kenderaan sahaja, manakala Atto 3 berharga RM149,800. Kedua-duanya boleh didapati di pasaran mulai hari ini.- Bernama

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...