Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia meterai MoC dengan UNGCMYB
Perniagaan

Bursa Malaysia meterai MoC dengan UNGCMYB

Bursa Malaysia meterai MoC dengan UNGCMYB

FOTO BURSA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 28 November- Bursa Malaysia Bhd menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan United Nations Global Compact Network Malaysia dan Brunei (UNGCMYB) dalam memajukan keupayaan dan pembinaan kapasiti kemampanan Malaysia.

Menerusi kenyataan bersama, kedua-dua syarikat itu berkata, menerusi kerjasama berkenaan kedua-dua pihak akan meneroka beberapa inisiatif termasuk membangunkan program atau pensijilan berkaitan kemampanan.

Program atau pensijilan berkaitan kemampanan tersebut akan menyokong peningkatan kemahiran pengamal kemampanan syarikat senaraian awam, PLC dan perusahaan kecil dan sederhana, PKS.

Kerjasama terdahulu telah menghasilkan Rangka Kerja Kecekapan Pengamal Kemampanan Korporat pada 2021.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa MalaysiaDatuk Muhamad Umar Swift berkata program pembinaan kapasiti kemampanan untuk syarikat-syarikat Malaysia adalah penting dalam memastikan syarikat dapat mengisi jurang dalam kumpulan bakat kemampanan.

Ia menunjukkan syarikat tersenarai ke arah meningkatkan kemahiran kemampanan pekerja mereka.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...