Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia ditutup tinggi, susulan aktiviti membeli saham berharga rendah
Perniagaan

Bursa Malaysia ditutup tinggi, susulan aktiviti membeli saham berharga rendah

Bursa Malaysia ditutup tinggi, susulan aktiviti membeli saham berharga rendah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 29 Mac-Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini mencecah paras tertinggi intra hari apabila aktiviti membeli saham berharga rendah muncul susulan beberapa sesi dagangan yang lesu sebelumnya.

Padapukul 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik5.47 mata kepada1,536.07 daripada paras penutup1,530.60 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik1.51 mata kepada 1,532.11 dan bergerak antara paras 1,532.03 dan 1,542.00 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 516 berbanding469, manakala 502 kaunter tidak berubah, 833 tidak diniagakan dan55 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada3.06 bilion unit bernilaiRM2.59 bilion daripada3.75 bilion unit bernilaiRM3.10 bilion pada Rabu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata para pelabur masih mengambil pendekatan berhati-hati meskipun sentimen pasaran yang semakin bertambah baik.

“Menyedari bahawa jangkaan pelabur berubah-ubah dari semasa ke semasa, kami menjangkakan indeks penanda aras kekal tidak berubah buat masa ini sehingga adanya gambaran lebih jelas mengenaipenurunan kadar faedah Amerika Syarikat(AS).

“FBM KLCI kekal dalam fasa penstabilan sejak dua minggu lepas. Meskipun berada dalam fasa tersebut, indeks sentiasa kekal di atas paras50-hariExponential Moving Averages (EMA),” katanya kepadaBernama.

Oleh itu, Thong mengekalkan pandangannya bahawa indeks petunjuk pasaran stabil dengan kecenderungan sedikit meningkat, dengan jangkaan ia berlegar sekitar 20-hari EMA.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank naik4.0 sen kepadaRM9.69, Public Bank meningkat1.0 sen kepadaRM4.22, CIMB Group menokok9.0 sen kepadaRM6.64 danTenaga Nasional melonjak14 sen kepadaRM11.38.

Sementara itu,Petronas Chemicals turun8.0 sen kepadaRM6.71.

Dalam kalangan kaunter cergas,Hong Seng Consolidated danLambo Group tidak berubah masing-masing pada1.0 sen dan3.0 sen, MMAG Holdings meningkat1.5 sen kepada 19.0 sen, Southern Score Builders naik4.5 sen kepada34.5 sen manakalaIngenieur Gudang susut 1.0 sen kepada15.0 sen.

Di papan indeks, IndeksFBM Emas meningkat45.61 mata kepada11,571.59, IndeksFBMT 100 naik45.03 mata kepada11,217.57 dan IndeksFBM Emas Shariah menokok 30.08 mata kepada 11,643.52. Indeks FBM ACE menambah 54.33 mata kepada4,897.06, manakala IndeksFBM 70 melonjak85.93 mata kepada16,234.08.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat91.15 mata kepada17,273.27, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik sedikit sebanyak0.09 mata kepada179.63, Indeks Tenaga menokok 9.37 mata kepada952.36, manakala Indeks Perladangan susut10.89 mata kepada7,287.67.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada1.89 bilion unit bernilaiRM2.33 bilion daripada 2.19 bilion unit bernilai RM2.75 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran susutkepada282.04 juta unit bernilai RM30.29 juta daripada800.47 juta unit bernilaiRM107.30 juta.

Jumlah dagangan PasaranACE meningkat kepada 855.36 juta saham bernilaiRM223.79 juta daripada 751.30 juta saham bernilaiRM238.38 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang231.90 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (431.67 juta), pembinaan (191.49 juta), teknologi (287.68 juta), SPAC (0.00 juta), perkhidmatan kewangan(109.97 juta), hartanah(279.02 juta), perladangan (31.89 juta), REITs (17.89 juta), dana tertutup (10,100), tenaga(127.78 juta), penjagaan kesihatan (47.09 juta), telekomunikasi danmedia (47.85 juta), pengangkutan dan logistik(41.31 juta) danutiliti (43.45 juta).

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada Khamis sempena cuti umum sambutan Nuzul Al-Quran.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...