Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit, belian saham harga rendah
Perniagaan

Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit, belian saham harga rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Oktober– Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah dengan belian dilihat terutamanya dalam saham pengangkutan dan logistik, kata seorang peniaga.

Pasa 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.30 mata kepada 1,441.90 daripada paras penutup 1,440.60 pada Khamis.

Indeks petunjuk utama itu dibuka tinggi naik 0.11 mata kepada 1,440.71 dan bergerak antara paras 1,439.33 dan 1,444.15 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 430 berbanding 426 manakala 463 kaunter tidak berubah, 1,073 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.72 bilion unit bernilai RM1.69 bilion daripada 3.23 bilion unit bernilai RM1.98 bilion pada Khamis.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen dijangka kekal berhati-hati memandangkan peningkatan risiko pasaran dan ketidaktentuan global.

“Namun kami (mengekalkan) pandangan kami bahawa penilaian FBM KLCI terus kekal menarik, menyediakan peluang kepada pelabur,\” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan CIMB tidak berubah masing-masing pada RM9.00, RM4.17 dan RM5.68, manakala Petronas Chemicals naik lapan sen kepada RM7.30 dan Tenaga Nasional jatuh dua sen kepada RM9.87.

Dalam kalangan kaunter cergas, CSH Alliance dan Kanger susut setengah sen setiap satu masing-masing kepada 5.5 sen dan 13.5 sen, manakala Sarawak Consolidated dan PUC Bhd tidak berubah masing-masing pada 54 sen dan 5.5 sen. Widad turun satu sen kepada 44.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 2.30 mata kepada 10,634.0, Indeks FBMT 100 meningkat 2.71 mata kepada 10,307.01 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 2.69 mata kepada 10,846.12.

Bagaimanapun, Indeks FBM ACE jatuh 11.32 mata kepada 5,038.27 dan Indeks FBM 70 susut 24.96 mata kepada 13,997.71.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Pengguna meningkat 2.01 mata kepada 553.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.87 mata kepada 172.73 dan Indeks Perladangan menokok 13.37 mata kepada 6,888.85. Indeks Tenaga menambah 3.92 mata kepada 874.58 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 9.42 mata kepada 16,233.37.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.68 bilion unit bernilai RM1.46 bilion berbanding 2.15 bilion unit bernilai RM1.72 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 406.73 juta unit bernilai RM66.54 juta berbanding 320.30 juta unit bernilai RM41.67 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 620.01 juta saham bernilai RM164.01 juta daripada 742.41 juta saham bernilai RM221.09 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 240.00 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (582.50 juta); pembinaan (129.99 juta); teknologi (143.67 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (52.71 juta); hartanah (222.00 juta); perladangan (22.29 juta); REITs (6.53 juta), dana tertutup (28,800); tenaga (69.87 juta); penjagaan kesihatan (75.25 juta); telekomunikasi dan media (23.61 juta); pengangkutan dan logistik (53.24 juta); dan utiliti (62.26 juta).-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...