Wednesday , 16 October 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Perniagaan

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Julai– Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari pertama dagangan minggu ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam hampir kesemua kaunter berkaitan indeks susulan kenaikan baru-baru ini dan juga seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.48 mata atau 0.89 peratus kepada 1,622.07 daripada paras penutup 1,636.55 pada Jumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 0.57 mata kepada 1,637.12, paras tertinggi intra harinya dan menyusut ke paras terendah intra hari pada 1,616.74 sebelum sesi rehat tengah hari.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,044 berbanding 285, dengan 404 kaunter tidak berubah, 715 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.34 bilion unit bernilai RM3.42 bilion daripada paras penutup 4.43 bilion unit bernilai RM3.27 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpendapat aktiviti jualan hari ini sebagai penurunan yang sihat yang memberi peluang baik kepada pelabur untuk mengumpul saham pada harga rendah.

\”Indeks petunjuk pasaran mencatatkan penurunan ketara pada minggu lepas, susut daripada paras 1,638.29 kepada 1,617.04.

\”Meskipun penurunan jangka pendek ini, indeks masih kekal pada purata harga utama jangka panjang menunjukkan ia masih kekal dalam aliran meningkat,” katanya kepada Bernama.

Keseluruhannya, Thong berkata tinjauan semasa menunjukkan perlu mengambil pendekatan berhati-hati dalam tempoh jangka pendek namun dalam jangka masa panjang ia masih kekal positif selagi paras sokongan utama kekal.

\”Kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,610-1,630 bagi minggu ini,\” katanya.

Beliau berkata para pelabur, sebaliknya, kelihatan telah bersedia dengan pengumuman Presiden AS Joe Biden menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya dan menyokong Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Demokrat.

Di pasaran tempatan, saham wajaran tinggi Maybank turun 4.0 sen kepada RM10.06, Public Bank susut 5.0 sen kepada RM4.19, CIMB Group berkurangan 3.0 sen kepada RM7.12, IHH Healthcare jatuh 7.0 sen kepada RM6.26 dan Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.44.

Dalam kalangan kaunter cergas, BWYS Group yang memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE hari ini meningkat 13.0 sen kepada 35.0 sen, Hubline Bhd naik setengah sen kepada 10.5 sen, manakala Sapura Energy, MY E.G. Services dan Ekovest Bhd susut setengah sen masing-masing kepada 4.0 sen, 98 sen dan 56 sen

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Index susut 111.75 mata kepada 12,547.51, Indeks FBMT 100 turun 105.15 mata kepada 12,127.27, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 129.51 mata kepada 12,907.59, Indeks FBM 70 berkurangan 150.43 mata kepada 18,677.58 dan Indeks FBM ACE turun 43.29 mata kepada 5,890.92.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 71.96 mata kepada 17,900.82, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.07 mata kepada 194.95, Indeks Tenaga berkurangan 13.53 mata kepada 962.06 dan Indeks Perladangan jatuh 16.47 mata kepada 7,208.38.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.83 bilion unit bernilai RM2.83 bilion daripada 2.35 bilion unit bernilai RM2.84 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran naik kepada 1.29 bilion unit bernilai RM168.58 juta daripada 1.19 bilion unit bernilai RM158.20 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE Market melonjak kepada 1.20 bilion saham bernilai RM414.61 juta daripada 888.68 juta saham bernilai RM277.57 juta pada Jumaat minggu lepas.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 372.89 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (659.99 juta), pembinaan (377.23 juta), teknologi (329.04 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (86.29 juta), hartanah (323.21 juta), perladangan (42.12 juta), REITs (18.19 juta), dana tertutup (17,200), tenaga (302.13 juta), penjagaan kesihatan (71.24 juta), telekomunikasi dan media (49.57 juta), pengangkutan dan logistik (129.32 juta), utiliti (75.68 juta) dan amanah perniagaan (1.17 juta).- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...