Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur, sentimen tidak menentu
Perniagaan

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur, sentimen tidak menentu

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur, sentimen tidak menentu

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 12 April-Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Jumaat, diniagakan dalam jajaran kecil apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati susulan sentimen tidak menentu di seluruh rantau ini, kataRakuten Trade Sdn Bhd.

Padapukul 5.00petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun2.47 mata atau0.16 peratus kepada1,551.04 daripada paras penutup1,553.51 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 0.58 mata kepada1,554.09 dan bergerak antara paras1,548.27 dan1,556.64 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak580 berbanding515, dengan470 kaunter tidak berubah, 778 tidak diniagakan dan11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada3.88bilion unit bernilaiRM3.0 bilion berbanding3.46bilion unit bernilaiRM2.06bilion pada Selasa.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten TradeThong Pak Leng berkata ekuiti Malaysia ditutup bercampur-campur selepas mencatatkan penurunan sebelumnya dan minat belian dilihat dalam sektor hartanah dan teknologi.

“Indeks petunjuk pasaran melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh 52 minggu pada Isnin, ditutup pada1,555.98.

“Walaupun berlaku penurunan selepas kenaikan itu, kami melihat pembetulan ini sebagai suatuyang perlu untuk mengekalkan aliran meningkat,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik2.0 sen kepadaRM9.65,CIMB Group danTenaga Nasional meningkat4.0 sen setiap satu masing-masing kepadaRM6.61 danRM11.70,manakala Public Bank susut1.0 sen kepadaRM4.18 danPetronas Chemicalsjatuh 7.0 sen kepadaRM6.70.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Harvest Miracle Capital meningkat setengah sen kepada12 sen,Dagang Nexchange naik4.0 sen kepada41.5 sen, Bina Puri Holdings tidak berubah pada 8 sen,Velesto Energysusut setengah sen kepada27.5 sen danKNM Group berkurangan 1.0 sen kepada 6.5 sen

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun sebanyak 3.32 mata kepada11,697.82, Indeks FBMT 100 susut 8.54 mata kepada11,326.92, IndeksFBM Emas Shariah jatuh 2.21 mata kepada 11,862.99,

Sementara itu, Indeks FBM ACE melonjak 88.96 mata kepada5,100.12 dan Indeks FBM 70 naik26.77 mata kepada16,392.57.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat sebanyak 28.27 mata kepada17,271.80 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik0.85 mata kepada 184.66. Indeks Perladangan susut 8.13 mata kepada7,470.69 manakalaIndeks Tenaga menyusut1.80 mata kepada969.09.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada2.16bilion unit bernilaiRM2.65 bilion daripada 1.88bilion unit bernilaiRM1.77bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada913.70 juta unit bernilaiRM101.73 juta daripada1.01bilion unit bernilai RM115.72 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan PasaranACE meningkat kepada 787.74 juta saham bernilaiRM239.77 juta daripada569.18 juta saham bernilaiRM176.42 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang335.86 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian(335.64 juta), pembinaan(203.85 juta), teknologi (310.79 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan(110.62 juta), hartanah(347.86 juta), perladangan(47.78 juta), REITs (10.30 juta), dana tertutup(61,600), tenaga(271.60 juta), penjagaan kesihatan(42.02 juta), telekomunikasi dan media (50.31 juta), pengangkutan dan logistik(40.32 juta), dan utiliti(51.27 juta).

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Rabu dan Khamis (10-11 April) sempena cuti umum menyambut perayaan HariRaya Aidilfitri.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...