Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi tengah hari
Perniagaan

Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi tengah hari

Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Oktober– Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan tengah hari rendah sejajar dengan prestasi indeks global utama, kata peniaga.

Pada waktu rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.49 mata atau 0.31 peratus, pada 1,437.41 berbanding penutupan Jumaat lepas pada 1,441.90.

Indeks penanda aras, yang dibuka lemah sebanyak 1.86 mata pada 1,440.40, bergerak antara 1,437.12 dan 1,441.80 semasa sesi pagi.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 596 berbalas 175 manakala 369 kaunter tidak berubah, 1,254 tidak diniagakan dan 76 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.43 bilion unit bernilai RM657.14 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata kegiatan memburu saham murah dijangka muncul terutamanya pada saham bermodal kecil FBM.

Sementara itu, memandangkan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, firma penyelidikan itu percaya harga minyak boleh terus meningkat melebihi US$86 setong.

“Dengan pemulihan Nasdaq, minat belian boleh dilihat dalam sektor teknologi.

“Dalam pada itu, pengukuhan dolar AS berbanding ringgit boleh memberikan sokongan belian untuk segmen berkaitan eksport dengan saham sarung tangan dan perabot dijangka menjadi tumpuan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Petronas Chemicals merosot enam sen kepada RM7.24, Public Bank turun dua sen menjadi RM4.15, Axiata lebih rendah empat sen kepada RM2.27, PPB Group susut 22 sen kepada RM15.22 dan Petronas Gas menguncup 14 sen kepada RM17.02.

Bagi saham aktif, Kanger menambah satu sen kepada 14.5 sen, MQ Technology menokok setengah sen kepada tiga sen, Key Asic turun satu sen kepada lapan sen dan Leform tidak berubah pada 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 41.91 mata kepada 10,592.09, Indeks FBMT 100 menguncup 38.20 mata menjadi 10,268.81 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 52.18 mata kepada 10,793.94.

Indeks FBM ACE pula kerugian 43.90 mata kepada 4,994.37 dan Indeks FBM 70 berkurangan 78.63 mata kepada 13,919.08.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.95 mata pada 171.78, Indeks Tenaga susut 9.18 mata kepada 865.40 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 35.93 mata kepada 16,197.44.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan meningkat 3.78 mata kepada 6,892.63.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...