Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia dijangka catat prestasi julat kecil minggu depan
Perniagaan

Bursa Malaysia dijangka catat prestasi julat kecil minggu depan

Bursa Malaysia dijangka catat prestasi julat kecil minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 November- Bursa Malaysia dijangka meneruskan prestasi berjulat kecil dengan kecenderungan meningkat minggu depan, memandangkan pelabur masih mencari pemangkin baharu susulan ketidaktentuan pasaran global yang semakin ketara, kata peniaga.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mungkin mencatatkan potensi peningkatan tambahan jika indeks utama berjaya melepasi paras rintangan 1,465.

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam aliran berjulat 1,445 hingga 1,465 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,445 diikuti paras 1,430,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata peserta pasaran global akan memantau perkembangan terkini dalam pasaran hartanah China untuk memahami minat risiko global.

“Di tanah air, rentak pasaran masih berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran global yang semakin ketara. Namun begitu, penilaian terhadap FBM KLCI kekal menarik sekali gus masih menawarkan beberapa potensi peningkatan,” katanya.

Sementara itu, peniaga lain berkata pelabur akan memantau rapat data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) bagi suku ketiga 2023 yang akan dikeluarkan pada pertengahan minggu depan.

Peserta pasaran juga akan mengalihkan perhatian mereka kepada data ISM Pembuatan AS dan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell, dijadualkan pada Jumaat depan.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 6.75 mata untuk mengakhiri dagangan minggu ini pada 1,453.92 daripada 1,460.67 minggu lepas.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kurang 31.25 mata kepada 10,768.73, Indeks FBMT 100 menguncup 31.61 mata kepada 10,430.89 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 60.73 mata kepada 10,944.01.

Indeks FBM 70 turun 29.66 mata kepada 14,331.74 manakala Indeks FBM ACE meningkat 33.49 mata kepada 5,205.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 1.68 mata kepada 16,384.32, Indeks Tenaga kurang 17.65 mata kepada 834.85, Indeks Perladangan susut 75.44 mata kepada 6,931.35 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.19 mata kepada 174.11.

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan jumlah dagangan mingguan 17.06 bilion unit bernilai RM10.28 bilion berbanding 13.78 bilion unit bernilai RM7.93 bilion pada minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 11.68 bilion saham bernilai RM8.80 bilion daripada 8.93 bilion saham bernilai RM6.8 bilion pada minggu lepas.

Jumlah dagangan waran sebanyak 2.99 bilion unit bernilai RM380.72 juta berbanding 2.11 bilion unit bernilai RM291.87 juta minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula menambah kepada 3.34 bilion saham bernilai RM1.10 bilion daripada 2.71 bilion saham bernilai RM835.79 juta.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...