Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Perniagaan

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street

BURSA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 3 Mei- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi positif di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.25 mata kepada 1,584.55 daripada 1,580.30 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.29 mata lebih tinggi kepada 1,581.59.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 214 berbanding 136, manakala 274 kaunter tidak berubah, 1,674 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 188.77 juta unit bernilai RM75.60 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi apabila Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell menyatakan kemungkinan kenaikan kadar faedah adalah rendah, sekali gus memberikan kelegaan kepada pelabur.

Bank pusat Amerika Syarikat telah memaklumkan strateginya untuk memperlahankan kadar pengeluaran lembaran imbangannya bermula 1 Jun, bertujuan mengelakkan sebarang tekanan berlebihan terhadap pasaran kewangan.

Perkara itu mendorong Dow Jones ditutup 0.85 peratus lebih tinggi manakala bursa bertumpuan teknologi Nasdaq melonjak 1.51 peratus pada penutupan, katanya.

Thong berkata di peringkat domestik, FBM KLCI ditutup tinggi semalam apabila pelabur memanfaatkan peluang membeli saham murah yang mempunyai prospek positif susulan penjualan besar pada Selasa.

“Kami percaya prospek ekuiti tempatan kekal positif, disokong aliran masuk berterusan dana asing ke rantau ini. Justeru, kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam aliran berjulat 1,580 hingga 1,590 untuk hari ini,” katanya kepada Bernama.

Antara kaunter wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM9.79, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.13, CIMB menokok empat sen kepada RM6.68 manakala Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM12.02 dan RM6.33.

Bagi saham aktif, Epicon meningkat satu sen kepada 48 sen, Pasukhas menambah empat sen kepada 18 sen, Sarawak Cable menokok 2.5 sen kepada 17.5 sen manakala Ingenieur Gudang dan TWL Holdings masing-masing tidak berubah pada 13 sen dan tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 29.62 mata kepada 11,925.71; Indeks FBMT 100 meningkat 27.61 mata kepada 11,552.44; Indeks FBM 70 menokok 26.09 mata kepada 16,640.28; Indeks FBM ACE naik 8.21 mata kepada 5,115.89 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 14.01 mata kepada 12,127.69.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 57.87 mata kepada 17,301.13; Indeks Tenaga meningkat 3.25 mata kepada 967.19 namun, Indeks Perladangan susut 17.27 mata kepada 7,437.92 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.02 mata kepada 190.01. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...