Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejak kenaikan di Wall Street
Perniagaan

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejak kenaikan di Wall Street

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejak kenaikan di Wall Street

Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Khamis, menjejaki aliran meningkat di Wall Street dalam tempoh semalaman / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Khamis, menjejaki aliran meningkat di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.45 mata kepada 1,612.80 daripada 1,612.35 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka 2.28 mata lebih tinggi kepada 1,614.63.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 173 berbanding 127, manakala 233 kaunter tidak berubah, 1,944 kaunter tidak diniagakan, dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 111.18 juta unit bernilai RM65.58 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata aktiviti pembelian mungkin memperoleh momentum selepas Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) pada Julai menunjukkan penurunan.

Beliau berkata indeks utama pasaran tempatan dijangka berlegar di antara 1,610 dengan 1,620 hari ini.

Pihaknya turut menjangkakan ringgit meningkat berbanding dolar AS, berpotensi berada di bawah paras RM4.40, katanya.

Wall Street ditutup lebih tinggi secara keseluruhannya, didorong oleh angka IHP yang berada dalam jangkaan, menunjukkan kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada bulan depan.

Sebaliknya, Indeks Hang Seng susut semalam berikutan pinjaman baharu yang lemah di China, ekoran permintaan kredit yang rendah.

Pasaran tempatan semasa awal dagangan hari ni menyaksikan Maybank turun 2.0 sen kepada RM10.18, Public Bank naik 1.0 sen kepada RM4.23, manakala Tenaga, IHH Healthcare, dan CelcomDigi masing-masing kekal tidak berubah pada RM13.84, RM6.29 dan RM3.84 masing-masing, dan CIMB menokok 3.0 sen kepada RM7.44.

Antara kaunter yang paling aktif, Cape EMS naik setengah sen kepada 46.5 sen, Hiap Teck Venture kekal stabil pada 35.5 sen, dan VS Industry meningkat 2.0 sen kepada RM1.26.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 2.53 mata kepada 12,292.05, Indeks FBMT 100 naik 1.06 mata kepada 11,930.31, Indeks FBM Emas Syariah turun 3.80 mata kepada 12,425.72.

Indeks FBM 70 susut 6.84 mata kepada 17,908.73, dan Indeks FBM ACE menokok 7.77 mata kepada 5,399.06.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 8.98 mata kepada 18,232.23, Indeks Perladangan merosot 4.27 mata kepada 7,153.61, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri berkurang 0.45 mata kepada 182.58, dan Indeks Tenaga turun 2.71 mata kepada 930.93.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...