Friday , 15 November 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia dibuka tinggi, didorong unjuran keputusan pendapatan menggalakkan
Perniagaan

Bursa Malaysia dibuka tinggi, didorong unjuran keputusan pendapatan menggalakkan

Bursa Malaysia dibuka tinggi, didorong unjuran keputusan pendapatan menggalakkan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,14 November – Unjuran pendapatan yang kukuh, sekali gus meningkatkan selera risiko pelabur selepas cuti hujung minggu yang panjang mendorong Bursa Malaysia didagangkan tinggi pada sesi awal urus niaga pagi ini.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.87 mata kepada 1,447.05 daripada 1,445.18 penutup Jumaat

Namun begitu, indeks utama dibuka 0.28 mata rendah pada paras 1,444.90.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 214 berbalas 136, manakala 314 kaunter tidak berubah, 1,715 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan 344.15 juta unit bernilai RM82.26 juta.

Menurut nota penyelidikan Malacca Securities Sdn Bhd, ia percaya peniaga akan mengekalkan pegangan masing-masing menjelang musim pelaporan prestasi kewangan tempoh sukuan yang melibatkan sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan, utiliti dan pengguna, dengan menjangkakan keputusan yang lebih kukuh.

\”Selepas cuti hujung minggu yang panjang, kami menjangka minat belian akan melimpah ke saham pasaran tempatan, terutamanya saham teknologi. Tumpuan juga mungkin beralih kembali kepada sektor minyak dan gas berikutan lantunan semula harga minyak,\” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata di pasaran luar negara, Wall Street ditutup bercampur-campur kerana peniaga menantikan indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat bulan Oktober untuk mengukur prospek kadar faedah Rizab Persekutuan lewat hari ini.

“Sentimen pasaran AS turut terjejas oleh semakan menurun terkini Moody dalam tinjauan penarafannya di AS disebabkan oleh defisit fiskal yang besar dan perbalahan politik.

\”Oleh itu, walaupun Dow Jones menambah 0.16 peratus, Nasdaq kerugian 0.22 peratus dengan hasil 10 tahun AS kekal mendatar pada 4.642 peratus,\” katanya.

Di pasaran domestik, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Press Metal, Sime Darby, Genting dan Westports masing-masing menambah lima sen kepada RM4.89, RM2.39, RM4.20 dan RM3.51.

Maybank, CIMB dan Petronas Chemicals pula kesemuanya tidak berubah pada paras RM9.08, RM5.75 dan RM7.19.

Bagi kaunter aktif, Hong Seng menambah satu sen kepada 5.5 sen manakala Asdion dan Tanco masing-masing susut setengah sen kepada 6.5 sen dan 57.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas peroleh 15.88 mata kepada 10,707.357, Indeks FBMT 100 naik 14.53 mata untuk mencatatkan paras 10,368.12 manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 15.09 mata kepada 10,912.26

Indeks FBM 70 meraih 25.04 mata pada 14,186.973, tetapi Indeks FBM ACE susut 7.69 mata kepada 5,124.96.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 12.14 mata kepada 16,308.21, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.52 mata kepada 172.92, Indeks Tenaga mengembang 0.45 mata menjadi 859.79, manakala Indeks Perladangan turun 1.11 mata kepada 6,921.18. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...