Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Perniagaan

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini berikutan sentimen berhati-hati walaupun terdapat pengumpulan saham mewah yang berterusan, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.39 mata kepada 1,549.25 daripada 1,553.64 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.05 mata kepada 1,551.59.

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 222 berbanding 202 manakala 326 kaunter tidak berubah, 1,544 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 442.98 juta unit bernilai RM189.57 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng percaya momentum belian pada Isnin didorong terutamanya oleh institusi tempatan berikutan lebih banyak dana kembali masuk ke pasaran domestik.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,550-1,560 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam negara, saham wajaran tinggi Maybank, CIMB dan Petronas Chemicals, masing-masing merosot empat sen kepada RM9.71, RM6.61 dan RM6.82.

Public Bank berkurangan dua sen kepada RM4.27 dan TNB susut enam sen kepada RM11.54.

Bagi saham aktif, Vsolar menambah 1.5 sen kepada 13 sen, MMAG naik satu sen kepada 15 sen dan Ta Win susut setengah sen kepada tiga sen manakala Hong Seng dan Harvest Miracle Capital, masing-masing tidak berubah pada satu sen dan 12.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 21.87 mata kepada 11,535.50, Indeks FBMT 100 berkurangan 23.31 mata kepada 11,195.54 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 19.14 mata kepada 11,544.87.

Sementara itu, Indeks FBM ACE naik 28.77 mata kepada 4,745.89 dan Indeks FBM 70 meningkat 2.31 mata kepada 15,717.76.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 64.90 mata kepada 17,274.15, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.35 mata kepada 176.89 dan Indeks Perladangan berkurangan 10.06 mata kepada 7,275.38 manakala Indeks Tenaga naik 4.04 mata kepada 932.45.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...