Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia dalam dagangan turun naik ketika dibuka hari ini
Perniagaan

Bursa Malaysia dalam dagangan turun naik ketika dibuka hari ini

Bursa Malaysia dalam dagangan turun naik ketika dibuka hari ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Februari- Bursa Malaysia dalam dagangan turun naik semasa dibuka hari ini, dengan indeks barometer berselang-seli antara meningkat dan menyusut dalam julat kecil.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.42 mata kepada 1,538.19 berbanding 1,538.61 semasa ditutup pada Isnin dengan kebanyakan saham wajaran tinggi memperlihatkan pergerakan mendatar.

Indeks penanda aras dibuka meningkat 0.11 mata kepada 1,538.72.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 135 berbanding 133, manakala 247 kaunter tidak berubah, 1,783 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 200.72 juta unit bernilai RM58.08 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan pembetulan akan berlaku pada bila-bila masa dalam masa terdekat ini berikutan peningkatan baru-baru ini, tetapi hanya untuk tempoh yang singkat.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan indeks akan bergerak dalam julat 1,535-1,545 hari ini, dengan kemungkinan minat terhadap saham pembinaan dan utiliti,\” katanya.

“Di pasaran luar negara, Wall Street ditutup berikutan ulang tahun Washington semalam dan tinjauan terhadap niaga hadapan menunjukkan ketiga-tiga indeks utama kekal tidak banyak berubah, manakala Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 184 mata, menamatkan kenaikannya pada Tahun Naga memandangkan pihak berkuasa China mengekalkan kadar faedah yang tidak berubah,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby kekal dalam aliran meningkat, menokok lima sen kepada RM2.56 dan YTL Power menambah dua sen kepada RM3.82.

Maybank kekal pada RM9.46, manakala Public Bank dan CIMB turun dua sen masing-masing kepada RM4.41 dan RM6.38.

Bagi saham aktif, Hong Seng menambah setengah sen kepada 2.5 sen, manakala Minetech, Bina Puri, Velesto dan Destini masing-masing merosot setengah sen kepada 16.5 sen, 7.5 sen, 26 sen dan 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 3.37 mata kepada 11,424.02, Indeks FBMT 100 meningkat 3.30 mata kepada 11,071.67 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 16.40 mata kepada 11,494.38.

Indeks FBM 70 meningkat 30.63 mata kepada 15,362.68 manakala Indeks FBM ACE susut 0.50 mata kepada 4,864.80

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 26.61 mata kepada 17,225.05, Indeks Perladangan menambah 15.28 mata kepada 7,314.02, manakala Indeks Tenaga menokok 5.16 mata kepada 901.22 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.02 mata kepada 175.63.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...