Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia catat prestasi bercampur-campur pada tengah hari
Perniagaan

Bursa Malaysia catat prestasi bercampur-campur pada tengah hari

Bursa Malaysia catat prestasi bercampur-campur pada tengah hari

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur ketika mengakhiri sesi dagangan pagi pada Rabu apabila aktiviti pembelian semasa harga murah yang sederhana berselang-seli dengan aktiviti pengambilan untung.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.67 mata kepada 1,513.42 daripada 1,512.75 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks barometer itu dibuka 0.15 mata lebih rendah kepada 1,512.60, dan seterusnya bergerak di antara 1,510.84 dengan 1,514.65 sepanjang sesi pagi.

Lingkungan pasaran adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 570 berbanding 300, manakala 426 kaunter tidak berubah, 966 kaunter tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.94 bilion unit bernilai RM1.02 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup rendah semalam selepas dibuka kukuh berikutan aktiviti pengambilan untung dan kesan kemerosotan ketara ekuiti Hong Kong.

“Walau bagaimanapun, kami berpandangan ini hanyalah pembetulan berjeda dan tidak akan menjejaskan aliran masuk dana asing, justeru penurunan baru-baru ini menawarkan peluang yang sangat baik untuk membeli semasa harga murah.

“Bagi hari ini, kami percaya indeks akan berlegar dalam julat 1,510 hingga 1,520, dan minat terhadap kaunter kewangan dan perladangan akan berterusan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM9.23, Petronas Chemicals kurang lima sen kepada RM6.78 manakala Public Bank dan CIMB Group masing-masing tidak berubah pada RM4.40 dan RM6.22 serta Tenaga Nasional menambah 12 sen kepada RM10.60.

Antara saham aktif, TWL Holdings, Sapura Energy dan Widad Group masing-masing tidak berubah pada empat sen, lima sen dan 14.5 sen.

Sementara itu, Reneuco menguncup 5.5 sen kepada 10 sen dan HE Group menambah setengah sen kepada 33.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 12.72 mata kepada 11,244.12, Indeks FBMT 100 kurang 12.01 mata kepada 10,904.85, Indeks FBM 70 susut 86.17 mata kepada 15,178.37, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 7.83 mata kepada 11,273.02 dan Indeks FBM ACE turun 7.36 mata kepada 4,777.94.

Mengikut sektor, Indeks Hartanah turun 5.56 mata kepada 920.51, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 26.86 mata kepada 16,923.81 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.77 mata kepada 173.25.

Sementara itu, Indeks Perladangan meningkat 12.10 mata kepada 7,220.47 dan Indeks Tenaga menambah 6.36 mata kepada 885.54.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...