Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia bercampur-campur pada rehat tengah hari, indeks utama meningkat
Perniagaan

Bursa Malaysia bercampur-campur pada rehat tengah hari, indeks utama meningkat

Bursa Malaysia bercampur-campur pada rehat tengah hari, indeks utama meningkat

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 April- Bursa Malaysia bercampur-campur pada rehat tengah hari dengan indeks utama mengakhiri sesi dagangan pagi dalam zon positif, seiring dengan pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.90 mata atau 0.25 peratus kepada 1,544.32 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.58 mata kepada 1,539.84.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 510 berbanding 376 manakala 446 kaunter tidak berubah, 1,032 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.30 bilion unit bernilai RM1.19 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata FBM KLCI meningkat daripada penurunan selama empat hari pada Rabu berikutan aktiviti belian semasa harga rendah.

\”Walaupun sentimen dalam negara adalah lebih baik, kenaikan ini boleh dihadkan berikutan jualan besar-besaran di Amerika Syarikat (semalaman). Kami menjangkakan pelabur mengubah tumpuan mereka semula kepada sektor berkaitan defensif seperti pengguna, utiliti, dan dana pelaburan hartanah (REIT),\” katanya dalam nota.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok enam sen kepada RM9.66, CIMB menambah tujuh sen kepada RM6.60 dan Tenaga Nasional naik 12 sen kepada RM11.64. Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM6.85 dan Public Bank susut satu sen kepada RM4.14.

Bagi saham aktif, Borneo Oil dan Ignenieur Gudang masing-masing turun setengah sen kepada setengah sen dan 14 sen manakala Eversendai menokok 1.5 sen kepada 39 sen. Fitters Diversified dan Avillion pula masing-masing tidak berubah pada lima sen dan 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 22.25 mata kepada 11,599.69, Indeks FBM 70 naik 7.76 mata kepada 16,121.88 dan Indeks FBMT 100 menokok 22.47 mata kepada 11,241.86. Indeks FBM Emas Syariah menambah 14.50 mata kepada 11,771.81 dan Indeks FBM ACE berkurangan 18.31 mata kepada 4,907.06.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.56 mata kepada 183.87 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 22.16 mata kepada 17,129.65.

Indeks Tenaga menyusut 8.53 mata kepada 950.64 dan Indeks Perladangan merosot 3.30 mata kepada 7,354.58.
– Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...