Home Perniagaan Bursa Malaysia akhiri sesi pagi lebih tinggi
Perniagaan

Bursa Malaysia akhiri sesi pagi lebih tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 November- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi sejajar dengan prestasi memberangsangkan Wall Street pada Jumaat minggu lepas.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.76 peratus, atau 11.04 mata, kepada 1,460.97 daripada penutupan Jumaat pada paras 1,449.93.

Indeks utama penanda aras dibuka 2.46 mata lebih kukuh pada paras 1,452.39 dan kemudiannya berlegar antara 1,452.29 dan 1,462.27 di sepanjang sesi.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 491 berbalas 310 manakala 410 kaunter tidak berubah, 1,140 tidak diniagakan dan 22 digantung.

Jumlah dagangan 2.08 bilion unit bernilai RM1.09 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, minat belian dijangka melimpah kepada saham di pasaran tempatan menjelang musim pelaporan kewangan.

“Kami percaya prestasi positif Wall Street mungkin merebak ke sektor teknologi selepas Apple diniagakan pada paras terendah Jumaat minggu lepas.

“Selain itu, kami berpihak kepada sektor pembinaan, hartanah dan bahan binaan serta sektor pengguna dengan menjangkakan keputusan suku tahunan yang lebih kukuh menjelang musim pelaporan kewangan,” katanya dalam nota hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lima sen kepada RM9.09, Public Bank mengembang enam sen menjadi RM4.24, CIMB menambah empat sen kepada RM5.77, Petronas Chemicals melonjak 11 sen untuk mencapai paras RM7.30, IHH Healthcare peroleh satu sen kepada RM6.00 dan TNB tidak berubah pada RM9.97.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange meraih dua sen kepada 44.5 sen, CN Asia meningkat setengah sen kepada 19 sen, Fitters Diversified menambah satu sen menjadi lima sen manakala SMTrack dan Widad, kedua-duanya tidak berubah pada 4.5 sen dan 45 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 87.72 mata kepada 10,786.66, Indeks FBMT 100 melonjak 84.08 mata kepada 10,452.49 dan Indeks FBM Emas Syariah mengembang 87.94 mata kepada 10,994.73.

Indeks FBM 70 peroleh 136.79 mata untuk mencatatkan paras 14,235.32, tetapi Indeks FBM ACE turun 12.69 mata menjadi 5,086.30.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.11 mata kepada 172.82, Indeks Perladangan menambah 30.36 mata menjadi 6,983.61, Indeks Tenaga meraih 0.40 mata pada 875.88 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 107.99 mata kepada 16,406.87.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...