Home Perniagaan BMI kekalkan harga minyak Brent AS$85 bagi 2024, AS$84 pada 2025
Perniagaan

BMI kekalkan harga minyak Brent AS$85 bagi 2024, AS$84 pada 2025

BMI kekalkan harga minyak Brent AS bagi 2024, AS pada 2025

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 4 Disember- BMI, unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brent pada purata tahunan US$85 setong bagi 2024 dan US$84 setong pada 2025.

Dalam nota penyelidikan pada Isnin, BMI berpendapat tempoh tahun depan dijangka mengalami kelembapan ketara pada separuh pertama berikutan ekonomi pasaran maju akan memberi tekanan besar terhadap harga dan apabila pertumbuhan ekonomi global pada separuh kedua melepasi paras terendah, sentimen akan mengukuhkan kedudukan Brent untuk menjana kenaikan yang baik.

Ekoran keadaan makro yang tidak menentu itu, dasar Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) mempunyai peranan penting dalam menetapkan harga Brent.

Semasa mesyuarat terbarunya pada 30 November lepas, kumpulan itu memilih untuk melanjutkan pengurangan semasa sehingga tahun baharu, termasuk pengekangan unilateral 1.3 juta tong sehari bagi pengeluaran minyak mentah yang ditawarkan oleh Arab Saudi dan Rusia.

BMI menjelaskan bahawa peranan OPEC+ itu amat penting dalam mengawal pasaran minyak daripada kemerosotan harga pada 2014 dan 2020.

Pengekangan pengeluaran secara amnya berjaya menyokong harga dan, oleh itu, dalam meningkatkan perolehan, kumpulan itu perlu menanggung akibat dari segi bahagian pasaran kumpulan itu, tambahnya.

“Kami menjangkakan pertubuhan itu melanjutkan tindakan pengekangan pengeluaran sehingga sebahagian besar tempoh separuh pertama, kerana sebarang peningkatan bekalan mungkin mencetuskan kerugian besar Brent apabila ekonomi global semakin lembap,” menurutnya.

BMI menjelaskan walau bagaimanapun, permintaan yang lebih tinggi secara bermusim pada beberapa bulan musim panas dan jangkaan pemulihan ekonomi pada separuh kedua 2024 mungkin menyediakan titik kemasukan semula ke pasaran.

“Justeru, untuk kembalinya tong yang dikurangkan itu, perkara ini perlu ditentukan masanya secara berhati-hati dan perlu dilaksanakan beransur-ansur untuk mengelak daripada menjejaskan sebarang pemulihan baru harga,” menurutnya.

Walaupun Israel mahupun Gaza tidak mengeluarkan minyak dalam jumlah yang besar namun, wujud risiko jika krisis itu merebak, kerana keadaan itu akhirnya akan menjejaskan eksport atau kargo Iran yang transit di Selat Hormuz, menurut BMI.

Setakat ini, perang kekal terkawal dengan baik, dan peserta pasaran minyak nampaknya dengan cepat menolak kebarangkalian memuncaknya krisis itu.

Menurut BMI, datanya menunjukkan permintaan minyak dari pasaran maju (DM) telah melepasi paras kemuncak pasca-COVID-19 dan dijangka susut sekali lagi kepada penurunan sekular, menandakan \’kemuncak\’ permintaan minyak ketiga dari DM selepas 2005 dan 2018, dan setiap kali tempoh pemulihan semakin lemah dan kemuncak juga semakin rendah.

“Kecekapan tenaga yang bertambah baik, peningkatan elektrifikasi pengangkutan dan peralihan lebih meluas kepada bahan api alternatif memacu penyusutan permintaan minyak di DM, paling ketara di Eropah.

“Pada 2024, pemacu lebih berstruktur ini akan ditambah lagi oleh kemerosotan ketara aktiviti ekonomi, menimbulkan risiko negatif lagi kepada unjuran semasa kami,” tambahnya.

Sebaliknya, BMI menetapkan prospek yang agak kukuh mengenai permintaan dari pasaran pesat membangun (EM), tambahnya.

Prospek itu dibuat walaupun pertumbuhan penggunaan minyak domestik perlahan di China, meskipun dorongan berterusan untuk meningkatkan eksport bahan apinya sepatutnya membantu meningkatkan permintaan import mentah negara itu, jelas BMI.

“Selain itu, tidak termasuk China, kami mengunjurkan pertumbuhan penggunaan oleh EM akan semakin pesat tahun depan. Peningkatan semula permintaan Rusia susulan meletusnya perang Ukraine membentuk bahagian penting dalam pandangan ini namun, kepesatan itu juga ditambah dengan tinjauan optimis kami terhadap penggunaan di beberapa pasaran Asia, termasuk India, Vietnam dan Filipina,” menurutnya.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Kontrak niaga hadapan MSM dijangka meningkat minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...