Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif
Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / Livevartha

KUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni berharap Industri Seni dan Kreatif turut diberi perhatian oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti bakat anak seni sekali gus merancakkan industri berkenaan.

Menurut Pelakon Senior, Fauziah Datuk Ahmad Daud, antara isu yang masih menjadi dilema ketika ini adalah penggiat seni terutamanya golongan muda tidak mendapat sesi \’mentoring\’ yang betul untuk meningkatkan mutu dan kualiti bakat mereka.

\”Seni yang ada dalam negara ini, ramai anak seni yang dipinggirkan disebabkan tidak ada proper mentoring. Bagi mendapatkan guru-guru yang bagus, mereka harus dibayar, dan ia tidak boleh percuma.

\”Dalam industri pula, ia merupakan perniagaan, ia bukan sahaja satu terma industri. kita ada impian untuk menaikkan industri kita, kita memang memerlukan dana yang besar, tidak boleh dinafikan itu, terutama melibatkan aspek pemasaran,\” ujar Fauziah yang lebih dikenali sebagai \’Ogy\’ ketika ditemui RTM di ibu negara.

Bagi Penyanyi lagu \’Hijau\’, Datuk Zainal Abidin pula berpendapat apabila tumpuan diberikan kepada Industri Seni dan Kreatif, secara tidak langsung dapat mengangkat identiti bangsa itu sendiri.

\”Saya rasa Seni dan Budaya di negara kita ini seharusnya diperhebatkan lagi dengan memberikan banyak geran-geran dan peluang untuk anak bangsa kita memajukan seni dan budaya.

\”Kerana apabila seni dan budaya itu maju, maka bangsa itu sendiri akan ada satu identiti terbaik dan ianya akan lebih dihormati,\” kata Zainal Abidin.

Sementara itu, pendapat sama turut dikongsikan Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Jelasnya, Industri Seni turut membantu membangunkan ekonomi negara menerusi bakat penggiat seni.

\”Industri Muzik dan Industri Seni merupakan bidang yang membantu ekonomi negara juga. Sekiranya ada (dana) untuk kami anak-anak karyawan tidak kisahlah sama ada terlibat dalam seni sebagai penyanyi atau pelakon, insya-Allah akan dapat menyumbang lebih kepada negara menerusi bakat kami,\” ujar Pelantun lagu Cindai.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Insentif cukai bantu syarikat pemula tarik pelaburan

FOTO Livevartha & RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Syarikat pemula khususnya bukan teknologi...