Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Belanjawan 2024 perlu tumpu pada kos sara hidup, peningkatan pendapatan – Penganalisis
Perniagaan

Belanjawan 2024 perlu tumpu pada kos sara hidup, peningkatan pendapatan – Penganalisis

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 28 September – Pengawalan kos sara hidup dan peningkatan pendapatan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2024 yang bakal dibentangkan pada 13 Oktober ini.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpandangan cabaran global meliputi perang dagang Amerika Syarikat dan China serta negara-negara maju yang mengalami inflasi akan memberi impak kepada ekonomi negara.

Justeru, beliau berharap Belanjawan 2024 akan bercirikan pengembangan yang akan membantu mengatasi situasi ekonomi semasa dan mencapai matlamat Ekonomi Madani.

(Penganalisis Ekonomi, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai / FOTO FAIL)

\”Satu Belanjawan yang menekankan perubahan besar ataupun penstrukturan semula ekonomi. Belanjawan tahun ini kita melihat bagaimana kerajaan mencadangkan penstrukturan semula ekonomi khususnya berkait dengan peningkatan dan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana,\” katanya.

Tambah Dr. Barjoyai, industri keselamatan makanan juga akan menjadi antara fokus utama kerajaan dalam pengeluaran hasil makanan kepada rakyat tanpa bergantung kepada produk import.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...