Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Belanjawan 2024: MIPFM syor pengurangan cukai panel solar kediaman
Perniagaan

Belanjawan 2024: MIPFM syor pengurangan cukai panel solar kediaman

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM) berharap tarif elektrik bagi kediaman strata dikaji semula menerusi Belanjawan 2024, khususnya melibatkan pangsapuri servis yang digunakan untuk kediaman.

Pihak tersebut turut mengesyorkan pengurangan cukai ke atas panel solar untuk kegunaan kediaman.

Langkah itu bertujuan menjadikan pelaburan dalam peralatan terbabit untuk pemilik hartanah lebih menarik.

\”MIPFM juga berharap pengurangan kadar penilaian kediaman dipertimbangkan bagi pemilik hartanah yang menjalankan aktiviti kelestarian atau bangunan hijau,\” menurut kenyataan.

Institut berkenaan yakin usul terbabit akan mewujudkan komuniti strata sejahtera, seiring cadangan komprehensif kerajaan mengenai perumahan strata dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

(FOTO HIASAN)

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...