Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Bayaran akhir STR mulai 7 November
Perniagaan

Bayaran akhir STR mulai 7 November

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 1 November- Pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai 7 November 2023.

Menurut Kementerian Kewangan, ia membabitkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima.

\”Daripada jumlah tersebut, 5.22 juta penerima sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.

\”Lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023, akan turut menerima bantuan tunai berkenaan sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

\”Pembayaran yang dibuat merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima tahun ini,\” kata Kementerian Kewangan menerusi kenyataan.

Tambahnya, kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023 kepada 8.7 juta penerima bagi membantu menangani cabaran kos sara hidup.

Sebagai penambahbaikan, kerajaan mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan yang tercicir untuk STR 2024.

Bermula hari ini, individu yang layak boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini maklumat mereka untuk STR 2024 sepanjang tahun.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...