Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Bantuan tunai rangsang trend perbelanjaan pengguna – Pakar
Perniagaan

Bantuan tunai rangsang trend perbelanjaan pengguna – Pakar

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Februari- Sebarang bentuk bayaran tunai akan merangsang trend perbelanjaan pengguna, seterusnya merancakkan kegiatan ekonomi domestik.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan meningkatkan kuasa beli penerima dan membolehkan mereka mempunyai lebihan wang.

\”Apabila wang itu dibelanjakan maka terdapat permintaaan barangan dan perkhidmatan, sudah pasti para peniaga di semua peringkat mendapat manfaat hasil daripada perbelanjaan tersebut. Wang tersebut akan mula berkitar dan akan memberi impak secara langsung kepada kegiatan ekonomi. Jadi untuk tempoh yang terdekat ini memang akan ada suatu suntikan terutama yang mendapat manfaat insentif kepada penjawat awam ini,\” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yakin, penerima manfaat akan membuat pertimbangan sewajarnya dan membelanjakan wang tersebut secara berhemah.

Ini termasuk meningkatkan simpanan dan pelaburan, melunaskan hutang atau menampung perbelanjaan harian.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...