Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Bank Rakyat sasar peningkatan RM100 juta melalui Akaun Pelaburan i-Rizq Plus
Perniagaan

Bank Rakyat sasar peningkatan RM100 juta melalui Akaun Pelaburan i-Rizq Plus

Bank Rakyat sasar peningkatan RM100 juta melalui Akaun Pelaburan i-Rizq Plus

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman

KUALA LUMPUR, 21 Disember- Bank Rakyat menyasarkan peningkatan dana sebanyak RM100 juta menerusi Akaun Pelaburan i-Rizq Plus, tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman, setakat 31 Disember tahun lepas, institusi kewangan itu telah berjaya mengumpul dana sejumlah RM202 juta sejak ianya diperkenal pada 2022.

Akaun pelaburan tersebut menyediakan pulangan yang lebih tinggi dengan kadar keuntungan yang stabil kepada pelanggan.

\”Ianya berkonsepkan pelaburan berbanding simpanan biasa menggunakan konsep Mudharabah daripada segi pulangan secara purata dalam 0.75 peratus,\”katanya.

Tambahnya, pihaknya juga akan memperkenal pelbagai produk yang lebih inovatif dengan pulangan lebih menarik, tahun ini kepada pelanggan baharu dan sedia ada.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Penyampaian Hadiah Utama Kempen Akaun Pelaburan i-Riqz di ibu negara.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...