Wednesday , 25 December 2024
Home Perniagaan Bank Islam jangka KDNK negara berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga
Perniagaan

Bank Islam jangka KDNK negara berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga

Bank Islam jangka KDNK negara berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 11 November – Bank Islam Malaysia Bhd menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023, walaupun berdepan cabaran luar.

Bank Islam berkata penggunaan swasta akan bertindak sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

Walau bagaimanapun, bank itu berpendapat perbelanjaan pengguna terhad memandangkan gaji sederhana dalam kedua-dua sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan.

\”Permintaan luar yang lembap juga dijangka mengehadkan pertumbuhan dengan eksport menjunam 15.2 peratus pada Suku ketiga,\” kata Bank Islam dalam nota penyelidikan, hari ini.

Bank itu turut menjangkakan pengangguran beransur-ansur kembali ke tahap pra pandemik, menurun kepada 3.4 peratus pada 2023.

Inflasi turut diunjur menurun kepada 2.7 peratus pada 2023 daripada 3.3 peratus pada 2022.

Dalam pada itu, Penganalisis Ekonomi, Profesor Dr. Aimi Zulhaimi Abdul Rashid berpandangan perkembangan ekonomi bagi tempoh tersebut akan dipacuterutamanya oleh sektor perkhidmatan.

\”Dari segi domestiknya kita dapat melihat banyak terutamanya segmen perkhidmatan yang disumbangkan terutamanya oleh pelancongan.

\”Ramai pelancong luar negara datang ke Malaysia. Kita dapat melihat aliran wang dari luar masuk ke Malaysia dengan banyak,\” katanya.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...